Pages

Thursday, October 4, 2012

Mesti Baca.Pasti Anda Tergelak

Assalammualaikum...ari nie aku just nak share pasal fakta.Korang pasti akan tergelak bile membacanya.So baca la sampai abes hehehehehe....

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter.Ini kerana kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter,tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dopercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaiman namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda uti tidak mengekorinya  lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana seti ap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah anda bunyi perkataan pempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tantang wang ringgit,pangkat,kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
heheeheheheheheehheeheh eh....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena....Tak normal la korang maknanya.


Terima Kasih siapa yang sudi baca entery nie :-)

No comments:

Post a Comment