Pages

Monday, October 8, 2012

SIN CHAN VS GURU

Assalamualaikum...hye u olls.Erm...dah petang2 macam nie msti rasa ngantok kan kan kan.Ape kate kite bace kisah sin chan vs guru di bawah nie:

Guru : Kenapa awak lamabat?
Sin Chan : Kerana sebuah papan tanda.
Guru : Papan tanda mana?
Sin Chan : Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."
#######################################################################

Guru : Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan : "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru : Bukan, Slah tu.
Sin Chan : Mungkin itu salah, tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengejanya, itulah yang saya eja!
#########################################################################

Guru : Apakah formula untuk air?
Sin Chan : "HIJKLMNO"!!
Guru : Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan : Kan kelmarin Cikgu kata H to O!
#########################################################################

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan : Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas
Guru: Betul. Sekarang kelas, beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas : Sin Chan Cikgu!!!
#########################################################################

Guru : Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan : Saya Cikgu!!
#########################################################################

Guru : Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan : Jangan kena gigit serangga!
##########################################################################

Guru : "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan : "Cikgu, Ibu Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."
##########################################################################

Guru : Sin Chan,aneh sungguh stokin yang awak pakai ni,satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru!
Sin Chan : Ya betul Cikgu, memang nampak aneh. Saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama di rumah!
##########################################################################

Guru : Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di karang oleh adik awak.Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan : Tidak Cikgu, ia hanya lah anjing yang sama!
##########################################################################

Guru : Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti-henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengan?
Sin Chan : Seorang Guru, Cikgu!

Ini adalah sekadar hiburan sahaja.Petikan nie aku amek dari email yang orang forward kat aku.
Terima kasih yang membaca enteri nie :-)

Thursday, October 4, 2012

Mesti Baca.Pasti Anda Tergelak

Assalammualaikum...ari nie aku just nak share pasal fakta.Korang pasti akan tergelak bile membacanya.So baca la sampai abes hehehehehe....

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter.Ini kerana kajian telah dibuat,seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter,tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi.Perkataan itu dopercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaiman namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda uti tidak mengekorinya  lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana seti ap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah anda bunyi perkataan pempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tantang wang ringgit,pangkat,kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
heheeheheheheheehheeheh eh....Sentuh la telinga kurang ngan siku sampai ia kena....Tak normal la korang maknanya.


Terima Kasih siapa yang sudi baca entery nie :-)

Fenomena Kena Tindih....Kepercayaan dan Kebenaran..

Asslamualaikum....aku nak kongsi ape yang bace dalam email. Ada orang forward kat email kat aku,so just nak share.Sebelum tue ada gak orang cerita pasal pengalaman kena tindih ni...betul kah kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada...nampak benda-benda pelik(hantu, makhluk hitam dan sebagainya)

Kalau aku tanye sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa aku tengah belajar dulu...adalah dalam 3.4 kali jugak...masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh....aku tau aku sedar....tapi tak boleh gerak....aku dulu pun takut...memang ingat kena hempap dah...lepas boleh gerak tu aku terus bangun pandang sekeliling....tapi, setelah tue aku cari kat google pasal tubuh badan manusia baru la aku tau kebenaran dia....nie aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medicalnya  'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis(lumpuh) yang temporary(sementara).

Temporary Paralysis nie selalu berlaku bila masa-masa nak tidur(hypnagogic paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur(hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tidur,bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM(rapid eye movement.....waktu nyenyak nie,bijik mata kita gerak-gerak) stage...otak akan bagi tau badan kita suruh rehat....so,badan kita kira macam switch off kejap.....REM atonia(tader muscle tone) ok, otak kita pun ader switch off button...dipanggil reticular activating system RAS.... bile otak dah switch off badan,dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung,bernafas etc.) sahaja yang on....kiranya screensaver atau hibernate...

So,bile kita bangun,RAS switched on balik....kita sedar fully awake state..tapi kadang-kadang,electrical signal tak di activatekan oleh otak suh switch on balik badan kite...maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika before otak active balik memang menakutkan tapi benar...tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full kadang-kadang partial atau sebahagian sahaja tu ada yang boleh gerakkan ibu jari,tetapi badan lain lumpuh etc.... dan lagi satu,sleep paralysis nie selalu jugak datang sekali dengan hallucinations (halusinasi) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik-pelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..)

Sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1) Tidur dalam posis terlentang terlalu lama

2) Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3) Sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la nie...penat sangat)

4) Stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan 

5) Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba (macam biasa dok rumah saja, tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh basikal.....hehehe extreme sangat contoh aku nie)

6) Orang yang ada penyakit narcolepsy

Sape2 yang baca entery nie pandai2 la pk sendiri sama ada kepercayaan dan kebenaran.
Terima kasih kerana membaca entery ini :-)

Wednesday, October 3, 2012

Anda Mungkin Tak Percaya!!!!!

Mungkin anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca. Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya.....

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT
Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu",maka tunaikanlah

KELIMA
Pabila mengatakan,"MAaf", tenunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
PErcayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain.Manusia tanpa impian tidk memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat,bertengkarlah secara aman.Usahlah menyebut nama sesiapa kerika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidka anda gemari,lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"KEnapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS
Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

KELAPANBELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan,usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon.Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Adaketikanya anda perlu bersendirian.

Monday, October 1, 2012

Petua Mencuci Hati - Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu,dibawah ini ada beberapa cara bagaiman hendak mencuci hati,yang diolah oelh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.



1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa- Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa  berdoa turur katakan:" Ya Allah, jadikan hatiku bersih".

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat- Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati  dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran -Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa penyembuh,penenang terapi.Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari- Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif- Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7) Program minda/cuci minda- Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum,pejam mata. Katakan didalam hati:"Ya Allah,cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik,berjaya,ceria,bersemangat,aktif,positif."Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya- CUBALah!!!.

8) Berpuasa- Sekiranya dalam berpuasa,terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati( Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10) Kekalkan wuduk.

11) Bersedekah.

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan- jangan makan makanan yang subnat (was2,tidak pasti halal atau tidak).

14) Berkawan dengan ulama.

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16) Pesan pada orang, jadi baik.

17) Menjaga pancaindera (mata,telinga, mulut....dsb). Jangan dengar orang mengumpat.