Pages

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum....esok dah masuk bulan ramadhan.Yeahh....(terlebih sudah hehehe...).

Aku nak cerita sedikit pasal bulan ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan berganda.Setiap apa sahaja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela. Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan ramadhan? Adakah rantai2 yang membelit kaki2 syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam. 

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.


Kepada kawan2 yang mengenali diri ini SELAMAT BERPUASA :-)



Monday, July 16, 2012

Suami minum susu isteri sukar obes


Assalamualaikum...aku ada baca kat forum menyatakan suami minum susu isteri sukar obes.Betol ke?
Mungkin orang yang dah kawin serta mempunyai anak boleh praktik hehehehehe....Sape-sape yang dah kawin boleh la cuba dan selamat beramal :)
Apa kata baca sedikit penerangan dibawah ini.

London:Amalan menyusu badan boleh membantu wanita untuk mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko obes apabila meningkat usia. Saintis mendedahkan, wanita yang menyusu anak walaupun untuk hanya beberapa bulan selepas kelahiran hanya akan menjadi obes 30 tahun selepas itu.

Penyelidik Universiti Oxford merumuskan, bagi setiap enam bulan seseorang wanita menyusui anak, mereka akan kehilangan 0.9kg. Walaupun ia tidak banyak tetapi ahli akademik mendakwa ia boleh menghalang beribu-ribu kematian akibat kanser,maslah jantung atau penyakit lain yang dikaitkan dengan obesiti. 

Kajian terbaru membabitkan lebih 740,000 wanita memberikan bukti bahawa amalan menyusu badan boleh membantu mengurangkan penambahan berat badan. Menyusu badan membawa kepada pembakaran sejumlah besar tenaga dan pakar sebelum ini mengira bahawa ia adalah sebanyak 500 kalori sehari bersamaan dengan 1 sesi senaman di gym.

 Penyelidik berkata,bagi setiap 6 bulan wanita menyusu bayi mereka,indeks jisim badan mereka akan berkerungan sebanyak 1%.Secara purata seorang wanita yang mempunyai tinggi 167.64cm dan berat 70.30kg mempunyai BMI 25 yang diklasifikasikan sebagai berat badan berlebihan.







Wednesday, July 11, 2012

Bunuh Diri kerana Kucing


Kajian dapati wanita yang membela kucing lebih cenderung membunuh diri.Betol ke? hurmmmm.....Rasanye dekat Malaysia belum ada lagi kot. Seterusnye menurut satu kajian, pemilik kucing di kalangan wanita memiliki lebih kecenderungan untuk cuba membunuh diri disebabkan jangkitan parasit yang berasal daripada najis haiwan peliharan itu. Wanita yang dijangkiti oleh sejenis parasit, Toxoplasma gondii(T.gondii) yang disebarkan melalui sentuhan terhadap najis ataupun memakan daging mentah atau sayuran yang tidak dicuci bersih memiliki lebih kecenderungan berfikir untuk membunuh diri. Dianggarkan sekitar 1/3 penduduk dunia telah dijangkiti oleh parasit tersebut, yang mana ianya bersembunyi di sel-sel otak dan otot dan biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan. Jangkitan yang dinamakan sebagai toxoplasmosis itu dikaitkan dengan penyakit otak seperti, schizophrena dan perubahan tingkah laku. Penyelidik dari u.s, Denmark,Jerman dan Sweden telah dijangkiti T.gondii memiliki satu setengah kali ganda kecenderungan untuk membunuh iri dibandingak dengan wanita yang sebaliknya.








sumber:dailymail.co.uk