Assalammualaikum....aku ada bace 1 forum nie,bace tajuk nie pun rase teruja nak tau ape yang menyebabkan durian nie termahal didunia.Kalau korang bace la dan beri pendapat sendiri. Aku just nak kongsi ape yang aku baca.
Sumber dalam forum tue menyatakan bahawa terdapat durian yang termahal di dunia dan ianya berada di Malaysia dan paling menghangatkan ialah durian ini adalah melalui proses yang agak menjijikkan. Durian nie mahal sebab durian yang mahal tersebut dikeluarkan dari perut gajah atau bahasa kasarnya dikeluarkan bersama dengan tahi gajah.
Masyarakat Jakun di hutan-hutan Malaysia akan mengikut gajah yang baru lepas menelan banyak durian.Mereka mengambil risiko mengikut binatang mamalia ini sekurang-kurangnya selama 4 jam- tempoh yang diperlukan haiwan itu untuk mencerna durian- sebelum buh yang tak tercerna itu keluar bersama kotoran.
Penasihat Malaysia Nature Society cawangan Johor, VIncent Chow yang mendengar kewujudan unik ini dari temannya seorang tauke balak dan penduduk orang asli. Tauke balak ini selalu menempah durian tahi gajah ini pada Orang Asli selama musim durian. Kerana stoknya yang sedikit dan sukar didapati, taipan ini sanggup membayar RM1,000 demi memenuhi selera mereka.
"Orang Asli semestinya sanggup mengikut jejak para gajah kerana mereka tahu akan dibayar mahal,"kata Chor,seperti dimuatkan di New Straits Times, Jumaat 22 Oktober 2010.
"Menurut warga tempatan,bau kotoran gajah seperti teh, tidak busuk seperti haiwan lain."Durian yang belum tercerna itu juga dikatakan tidak mengandungi kotoran dan bakteria. Tauke itu mendakwa durian itu akan menjadi makanan pembangkit ghairah seksual- setelah melalui proses pencernaan gajah.
Meski tak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaannya itu, permintaan 'Durian Tahi Gajah' semakin tinggi dan harganya terus meningkat.
Ishh2...tengok durian nie macam dah terliur je kan hehehehe....